Halaman

Khamis, 25 Februari 2010

PELUANG MEMBANTU USAHA MEMBINA GENERASI ULAMA DAN PROFESIONAL ISLAM

Suka cita dimaklumkan kepada kaum muslimin dan muslimat seluruhnya bahawa pihak Madrasah Tahfiz Saidina Abu Bakar (MTASAB) di bawah pimpinan Pak Abu (Abu Bakar Bin Mydin) pengasas dan pengerusinya telah mengambil keputusan dalam beberapa mesyuarat yang diadakan di MTASAB pada awal tahun 2008 hinggi ke akhir tahun 2009 untuk melangkah maju ke depan sesuai dengan cabaran masa kini, dengan melancarkan Sistem Pengajian Tahfiz Aliran Baru Peringkat Rendah Dan Menengah dan Sistem Pengajian Kitab Turath (Sistem Pondok) di samping mengekalkan Sistem Tahfiz Aliran Lama yang sudah sekian satu dekat dijalankan, ia itu semenjak tahun 1999.

Untuk mengatur Pengajian Tahfiz Aliran Baru Peringkat Rendah Dan Menengah dan Sistem Pengajian Kitab Turath (Sistem Pondok), pihak MTASAB telah mewujudkan satu badan pentadbiran khas. Badan ini diberi nama MARKAZ ULUM MADRASAH TAHFIZ SAIDINA ABU BAKAR (MUMTASAB), dan untuk memastikan MUMTASAB benar-benar berfungsi seperti mana yang dikehendaki pihak MTASAB dibawah pimpinanya telah melantik Ustaz Syukri Bin Yamin menjadi pengarah MUMTASAB dan berharap pihak beliau dapat menjalankan tugas dengan sebaik yang mungkin.

Kini pihak MUMTASAB dibawah pimpinan pengarahnya telah melancarkan projek pertamanya ia itu pengajian Tahfiz, Arab, Fardhu Ain Dan Akademi Peringkat Rendah (TAFA 31R). Pengajian ini adalah bertujuan melahirkan lepasan sekolah rendah yang telah menghafal quran 30 juzuk dan boleh berbahasa Arab dengan baik disamping ilmu-ilmu lain yang diajar di sekolah-sekolah kebangsaan. Untuk mencapai matlamat itu pihak MUMTASAB telah mengambil beberapa orang guru dari dalam dan luar negara yang berkebolehan dalam bidang yang berkaitan dengan pengajian TAFA 31R sebagai tenaga pengajar. Sehubungan dengan ini pihak MUMTASAB sangat-sangat berharap seluruh kaum muslimin dan muslimat dapat membantu dengan menghulurkan sumbangan kewangan dan merafakan doa ke Hadhrat Rabbil A’lamin agar kerja ini berjaya mencapai matlamatnya.

Sama-sama kita membantu MUMTASAB melahirkan Anak-anak Berilmu Pengganti Ulama. Hulurkan segera sumbangan anda kepada MUMTASAB di akaun BIMB NO: 02075020266299 atau melalui pengarahnya (HP: 019-4348244), atau pengerusi MTASAB (HP: 019-4977563). Sumbangan anda satu perjuangan FI SABILILLAH untuk menegakkan Islam sekaligus adalah kejayaan kita bersama di Dunia Dan Akhirat.
Perhatian :Pengajian semua mata pelajaran adalah di dalam B. Arab kecuali B.Melayu, B.Inggeris dan Jawi. Untuk memastikan kualiti pengajian, pihak MUMTASAB telah menghadkan bilangan murid sebanyak 25 orang sahaja untuk satu bilik. Sesiapa yang mempunyai anak-anak yang berusia 7-11 tahun dan ingin menghantarkan mereka mengikuti pengajian ini, masih lagi berpeluang berbuat demikian kerana masih lagi terdapat kekosongan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan