Halaman

Jumaat, 24 September 2010

HPA MENGAMBIL ALIH KELAS PENGAJIAN TAHIFZ TAFAQQUH ...

Kini KELAS PENGAJIAN TAHFIZ, TAFAQQUH DAN BAHASA ARAB telah diambil alih oleh Syarikat Teknologi HPA dan meletakkannya di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani. Berikut adalah kadar bayaran yang dikenakan oleh pihak pentadbiran buat tahun ini:
1- Pendaftaran RM 200 sekali sahaja
2- Yuran Makan RM 150 sebulan (makan 3 x sehari)
3- Yuran Asrama RM 50 sebulan (Rumah Taman Bandar Laguna)

Ada sedikit perubahan setelah diambil alih oleh syarikat HPA, iaitu pengajian adalah sama seperti sekolah agama rakyat (SAR) lebihnya ialah ada tahfiz 30 juzuk bemula daripada peringakat darjah satu rendah hingga STAM.

dan berikut adalah perkembangan terkini berkaitan pengajian di bawah syarikat ini:

PENGAJIAN TAHFIZ/AKADEMIK – PERINGKAT RENDAH DAN MENENGAH

Pengajian Ditawarkan :

  • PENGAJIAN TAHFIZ/AKADEMIK

Syarat Kemasukan :

PERINGKAT RENDAH

  • BERUMUR 7 – 12 TAHUN
  • BOLEH MEMBACA AL-QURAN
  • MEMPUNYAI ASAS MEMBACA, MENULIS DAN MENGIRA
  • BERAKHLAK MULIA
  • LULUS TEMUDUGA KEMASUKAN

PERINGKAT MENENGAH

  • LEPASAN UPSR ATAU SEKOLAH RENDAH TAHFIZ ATAU SEKOLAH RENDAH AGAMA
  • BERUMUR DI ANTARA 13 – 17 TAHUN
  • BOLEH MEMBACA AL-QURAN
  • BERAKHLAK MULIA
  • LULUS TEMUDUGA KEMASUKAN

Sesi Kemasukan :

  • JANUARI 2011

*Tarikh Tutup Permohonan :

  • 30 OKTOBER 2010

*tertakluk kepada perubahan

CARA MEMOHON :

Permohonan hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah menggunakan borang permohonan yang boleh didapati di cawangan-cawangan HPA berhampiran atau muat turun:

Download Syarat Kemasukan dan Borang-Borang :

1. Zip File: http://hpa.com.my/manhal/borang/manhal2011.zip
2. PDF File

Bahagian Kemasukan Dan Rekod

Maahad Al-Ihsaniah (Manhal HPA)
No. 11, Tingkat 1, Jalan Cempaka 1/1, Bandar Amanjaya,
08000 Sg. Petani, Kedah

Tel : 04-4419094 Faks : 04-4419254

Penting :

Permohonan perlu disertakan bersama salinan Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan/Pasport, Sijil Berhenti Sekolah (jika berkenaan) dan salinan Kad Ahli HPA atau bukti keahlian ibu/bapa/penjaga. Ibu/bapa/penjaga bukan ahli HPA perlu mengemukakan permohonan bersama permohonan keahlian atau mendaftar sebelum membuat permohonan.

Ahad, 16 Mei 2010

KELAS PENGAJIAN TAHFIZ, TAFAQQUH DAN BAHASA ARAB BERPINDAH

Kelas Pengajian TAHFIZ, TAFAQQUH DAN BAHASA ARAB telah berjaya dipindahkan ke tempat baru yang lebih banyak kemudahan dan lebih maju sesuai dengan kehendak semua pihak termasuk para guru, pelajar dan ibu bapa. Tempat itu ialah Pusat Ilmu Dan Tusyen LUBOK REZEKI ENTERPRISE yang terletak di Jalan Bukit Tembaga, 06300 Kuala Nerang, Kedah berdekatan dengan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah, lebih kurang 1 KM sahaja. Perpindahan ini dilakukan selepas perbincangan antara dua pihak, ia itu pihak Pusat Pentadbir Kelas Tahfiz, Tafaqquh Dan Bahasa Arab yang diwakili oleh Ustaz Syukri Yamin, dan pihak LUBOK REZEKI ENTERPRISE yang diwakili oleh HJ. Zubir Bin HJ. Wahab. Esok Hari Isnin 17/5/2010 adalah hari pertama pengajian kelas Tahfiz, Tafaqquh Dan Bahasa Arab di LUBOH REZEKI ENTERPRISE. Semoga usaha baik ini terus maju ke hadapan dan mendapat sokongan semua pihak.

Khamis, 22 April 2010

MUMTASAB MENERIMA AHLI BARU

MUMTASAB kini semakin maju kedepan apabila menerima seorang lagi ahli baru untuk mengikuti kelas bahasa Arab. Kini bilangan pelajar di peringkat bahasa Arab adalah 8 orang, dan in sya Allah akan bertambah lagi dalam masa terdekat ini. Ini adalah antara petanda bahawa MUMTASAB sentiasa mendapat sokongan pihak masyarakat. Pada masa yang sama MUMTASAB sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah untuk mengadak kerjasama meluaskan lagi pengajian seperti ini di negeri-negeri tersebut dan di lain-lain negeri. Semoga Allah Taa'la merestui amalan baik ini dan menjadikan amalan ini amalan yang ikhlas keranaNya semata-mata. Amin Ya Rabbal a'lamin.

Sabtu, 10 April 2010

KENALI USTAZ SYUKRI YAMIN

Autobiography Ustaz Syukri Yamin

Dilahirkan di Selatan Thailand (Wilayah-Wilayah Pattani Darussalam), selepas tamat sekolah rendah kebangsaan Thai dimasukan ke Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Fauziah Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan pada awal tahun 1982. Kemudian pada awal tahun 1986 beliau menyambung pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Kelantan, di Kampung Banggol Kulim berhampiran dengan Sekolah Rendah Agama Al-Fauziah. Pada akhir tahun 1991beliau merantau ke bumi Syam di negara Syria untuk menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Kulliah Dakwah Islamiah yang terletak di Pusat Islam Syaikh Ahmad Kiftaro (Bekas Mufti Syria Rahmatullah A’laih) . Pada akhir tahun 1992 (selepas setahun Pembelajaran Bahasa) beliau diterima belajar di tahun satu Kulliah Dakwah Islamiah dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Pada pertengahan tahun 1996 beliau berjaya menamatkan penganjian peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan memperolehi pangkat Jayyid. Semasa di bumi Syam beliau sempat belajar secara umumi dengan beberapa ulama’ besar di sana di samping menghadiri nadwah dan majlis munaqasyah risalah PHD dan Master. Berikut adalah senarai beberapa orang ulama’ Syam yang beliau pernah menerima ilmu daripada mereka:

الأستاذ الدكتور محمد سعيد رمضان البوطي
الدكتور توفيق محمد سعيد البوطي
الأستاذ الدكتور وهبة الزحيلي
الدكتور محمد الزحيلي
الشيخ أحمد الكفتارو
الدكتور محمد حبش
الدكتور محمد راتب النابلسي
الأستاذ الدكتور نور الدين عتر
الأستاذ الكدتور مصطفى البغا
الدكتور بسام زين
الدكتور محمد حسن الحمصي
الأستاذ الدكتور محمد علي سلطان
الشيخ أحمد
الدكتور إبراهيم مفيتي الحسكة
الشيخ مراد الدين الجزائري
الأستاذ الدكتور صلاح الدين الأيبوبي
الأستاذ مروان شيخو
الشيخ صادق الميداني
الأستاذ الدكتور محمد عبد اللطيف صالح فرفور

Pada akhir tahun 1996 beliau kembali ke tanah air dan pada awal tahun 1997 hingga akhir tahun 2006 beliau berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Sekolah Menengah Agama Arab Yayasan Khairiah, Kampung Pisang, Kupang, Baling, Kedah. Selepas itu beliau berkhidmat pula di Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena, Alor Star, Kedah sebagai Penolong Pensyara Bahasa Arab sampai sekarang.

Selasa, 6 April 2010

MUMTASAB SEMAKIN DAPAT SAMBUTAN

Kini bilangan peserta kelas bahasa Arab di MUMTASAB bertambah lagi seorang menjadi keseluruhan pesertanya 7 orang, ia itu adik solehin. Beliau tiba sebelum zohor hari ini dengan ditemani ibu kesayangannya, kakak dan abang iparnya (anak tok guru Haji Saleh, Sik). Anda bila lagi?

Isnin, 5 April 2010

MUMTASAB MENYABUT PESERTA BARU

Kini bilangan peserta kelas bahasa Arab di MUMTASAB bertambah jadi 6 orang, mereka adalah 1-Dini
2-Faiz
3-Abdul Muhaimin
4-Abdul Hadi
Mereka ini adalah bekas pelajar MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
5-Ikrimah (dari MAKTAB MAHMUD Pokok Sena)
6-Naim lulusan tahfiz MTASAB
Mereka ini sedang mengikuti pengajian Bahasa Arab dengan tekun sekali dan menunjuk perestasi yang memberangsangkan.
Anda bila lagi?

Jumaat, 2 April 2010

KEMAJUAN YANG DICAPAI PESERTA KELAS BAHASA ARAB TAHAP SATU

Kini para peserta kelas bahas Arab tahap satu di MUMTASAB telah mencapai kemajuan dalam pengajian mereka dengan cemerlang sekali di mana mereka dapat mengikuti pengajian yang dijalankan dalam bahasa Arab dengan rasa selesa dan seronok sekali. Bilangan peserta setakat ini adalah 5 orang. Diharap bilangan mereka akan bertambah. Sekiranya anda ini menyertai program ini maka jangan lengah, kerana masih ada 3 bulan lagi. Bagi dermawan pula , anda boleh bantu usaha ini dengan derma ikhlas anda, semoga amalan ini diterima Allah. Hulurkan segera sumbangan anda kepada MUMTASAB di akaun BIMB NO: 02075020266299 atau melalui pengarahnya (HP: 019-4348244), atau pengerusi MTASAB (HP: 019-4977563).

Jumaat, 26 Mac 2010

BAHAN KEAGAMAAN DALAM BAHASA INGGERIS

MUMTASAB dengan gembiranya mempelawa pelawat memanfaatkan bahan keagamaan dalam bahasa inggeris yang disediakan oleh laman web berikut http://www.islam-presentation.com/.
Bahan ini merupakan usaha untuk memperkenalkan Islam kepada orang bukan Islam dalam bentuk FLASH yang sangat menarik sekali. Bagi kita yang sudah beragama Islam pun boleh dapat faedah juga terutama sekali yang ingin mempelajari bahasa Inggeris melalui bahan keagamaan. Moga-moga dapat nafaat daripada bahan ini.

Selasa, 16 Mac 2010

PENGAJIAN BAHASA ARAB TAHAP SATU BERMULA

Kini pengajian bahasa Arab tahap satu sudah bermula di Markaz Ulum Madrasah Tahfiz Saidina abu Bakar (MUMTASAB). Para tenaga pengajar ialah:
A- Ust. Syukri Yamin Asy-Syamiy, AlFatoniy (Lulusan IPTS Syria tahun 1996, /sedang mengikuti pengajian peringkat MA Kulliah Lughah Arabiah di KUIN)
Beliau mengajar subjek: Nahu-Soraf.

B- Ust. Muhammad Husain Al-Maqqiy, Al-Fatoniy (Anak Melayu Kelahiran Mekah, sedang mengikuti pengajian peringkat BA di KUIN)
Beliau Mengajar subjek: 1-Istima'k Arabiy. 2- Kitabah Arabiah, 3- Qiraah Arabiah.

C- Ust. Taha Al-Misriy, Al-Maleziy (Pemuda Arab Mesir Hafiz 30 Juzuk, sedang mengikuti pengajian Tahsin Tajwid dan Nahu Saraf dengan Ust. Syukri Yamin Asy-Syamiy)
Beliau mengajar subjek: Muhadasat Arabiah.

D- Ust- Muhammad Afiq Al-Fatoniy, Al-Maleziy (Pemuda Melayu Kelahiran Fatoni, Hafiz 30 Juzuk, Sedang mengikuti pengajian Bahasa Arab dengan ustaz-ustaz yang tersebut nama di atas)
Beliau mengajar subjek: Tahfiz Al-Quran.

TAHNIAH BUAT SEMUA CALON STAM 2009 YANG BERJAYA

Tahniah diucapkan kepada semua calon STAM 2009 yang telah berjaya di dalam peperiksaan STAM yang telah di umumkan keputusannya pada khamis lalu. Bagi yang belum berjaya sepenuhnya harap sabar dan cuba lagi mudah-mudahan berjaya juga.

Rabu, 3 Mac 2010

Gambar-Gambar Di Madrasah Tahfiz Saidina Abu Bakar

Ustaz Afiq dengan beberapa orang murid di hadapan kantin Madrasah Tahfiz Saidina Abu Bakar.
Dua orang murid sedang bermain di bawah teduhan pokok di depan Madrasah ini.

Ini adalah muka depan surau Madrasah.

Pandangan Madrasah dari depan, di sini MARKAZ ULUM menjalankan aktiviti penglahirah
generasi ulama profesionalnya.

Khamis, 25 Februari 2010

PELUANG MEMBANTU USAHA MEMBINA GENERASI ULAMA DAN PROFESIONAL ISLAM

Suka cita dimaklumkan kepada kaum muslimin dan muslimat seluruhnya bahawa pihak Madrasah Tahfiz Saidina Abu Bakar (MTASAB) di bawah pimpinan Pak Abu (Abu Bakar Bin Mydin) pengasas dan pengerusinya telah mengambil keputusan dalam beberapa mesyuarat yang diadakan di MTASAB pada awal tahun 2008 hinggi ke akhir tahun 2009 untuk melangkah maju ke depan sesuai dengan cabaran masa kini, dengan melancarkan Sistem Pengajian Tahfiz Aliran Baru Peringkat Rendah Dan Menengah dan Sistem Pengajian Kitab Turath (Sistem Pondok) di samping mengekalkan Sistem Tahfiz Aliran Lama yang sudah sekian satu dekat dijalankan, ia itu semenjak tahun 1999.

Untuk mengatur Pengajian Tahfiz Aliran Baru Peringkat Rendah Dan Menengah dan Sistem Pengajian Kitab Turath (Sistem Pondok), pihak MTASAB telah mewujudkan satu badan pentadbiran khas. Badan ini diberi nama MARKAZ ULUM MADRASAH TAHFIZ SAIDINA ABU BAKAR (MUMTASAB), dan untuk memastikan MUMTASAB benar-benar berfungsi seperti mana yang dikehendaki pihak MTASAB dibawah pimpinanya telah melantik Ustaz Syukri Bin Yamin menjadi pengarah MUMTASAB dan berharap pihak beliau dapat menjalankan tugas dengan sebaik yang mungkin.

Kini pihak MUMTASAB dibawah pimpinan pengarahnya telah melancarkan projek pertamanya ia itu pengajian Tahfiz, Arab, Fardhu Ain Dan Akademi Peringkat Rendah (TAFA 31R). Pengajian ini adalah bertujuan melahirkan lepasan sekolah rendah yang telah menghafal quran 30 juzuk dan boleh berbahasa Arab dengan baik disamping ilmu-ilmu lain yang diajar di sekolah-sekolah kebangsaan. Untuk mencapai matlamat itu pihak MUMTASAB telah mengambil beberapa orang guru dari dalam dan luar negara yang berkebolehan dalam bidang yang berkaitan dengan pengajian TAFA 31R sebagai tenaga pengajar. Sehubungan dengan ini pihak MUMTASAB sangat-sangat berharap seluruh kaum muslimin dan muslimat dapat membantu dengan menghulurkan sumbangan kewangan dan merafakan doa ke Hadhrat Rabbil A’lamin agar kerja ini berjaya mencapai matlamatnya.

Sama-sama kita membantu MUMTASAB melahirkan Anak-anak Berilmu Pengganti Ulama. Hulurkan segera sumbangan anda kepada MUMTASAB di akaun BIMB NO: 02075020266299 atau melalui pengarahnya (HP: 019-4348244), atau pengerusi MTASAB (HP: 019-4977563). Sumbangan anda satu perjuangan FI SABILILLAH untuk menegakkan Islam sekaligus adalah kejayaan kita bersama di Dunia Dan Akhirat.
Perhatian :Pengajian semua mata pelajaran adalah di dalam B. Arab kecuali B.Melayu, B.Inggeris dan Jawi. Untuk memastikan kualiti pengajian, pihak MUMTASAB telah menghadkan bilangan murid sebanyak 25 orang sahaja untuk satu bilik. Sesiapa yang mempunyai anak-anak yang berusia 7-11 tahun dan ingin menghantarkan mereka mengikuti pengajian ini, masih lagi berpeluang berbuat demikian kerana masih lagi terdapat kekosongan.

PENGAJIAN TAFA 31R

MARKAZ ULUM MENAWARKAN PENGAJIAN TAFA 31R
TAHFIZ/ARAB/FARDHU AIN/ASAS AKADEMI PERINGKAT RENDAH
KEPADA ANAK-ANAK 6-8 TAHUN
UNTUK DARJAH SATU 2010 INI
KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI


الحافظ الداعي العالم المحترف
(HAFIZ BERJIWA DA’WAH ‘ALIM BERTARAF PROFESIONAL)

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG
DAFTAR SEGERA TEMPAT TERHAD
(25 ORANG SAHAJA)

Sekolah ini diusahakan untuk tujuan melahirkan

الحافظ الداعي العالم المحترف
ia itu melahirkan golongan HAFIZ yang berpengalaman dalam usaha DA’WAH yang dibina di atas Ilmu Agama dan Bahasa Arab yang mendalam dan meluas semenjak usia muda dan ditambahkan pula dengan ilmu PROFESIONAL demi membolehkan mereka memimpin Ummah berda’wah ke arah kejayaan mengikut Syariat Islam menentang segala kebatilan yang sedang bermaharajalela. Usaha seumpama ini adalah amat sangat diperlukan buat masa mutaakhir ini. Usaha ini memerlukan sokongan dari semua pihak. Anda boleh bantu kami sekurang-kurangnya dengan doa ikhlas. Untuk membantu kami menjayakan usaha ini dengan harta benda anda sila hubungi kami SEGERA @ salurkan ke BIMB: 02075020266299 . Kami mengalu-alukan bantuan dan sokongan anda semua.

Diharapkan para murid akan berjaya menghafaz Al-Quran 30 juzuk secara syafawi selepas 6 tahun belajar di peringkat rendah ini. Di samping itu mereka akan belajar membaca Al-Quran bermula dengan Iqra 1-6 dan seluruh Al-Quran. Mereka juga akan belajar Ilmu Agama dan Bahasa Arab dalam Bahasa Arab demi memastikan mereka dapat membiasakan diri dengan Bahasa Arab semenjak kecil lagi. Selain itu mereka akan belajar ilmu-ilmu akademi secara sederhana sebagai usaha menanam asas-asas ilmu-ilmu ini dalam diri mereka untuk dikembangkan diperingkat dan masa yang lebih sesuai nanti. Semua ilmu yang diajarkan adalah dalam bentuk teori dan praktikal, di mana praktikal akan menjadi keutamaan. Untuk memastikan mereka ini benar-benar dilahirkan sebagaimana yang dikehendaki, Akhlaq dan Adab Islam akan ditekankan dalam segenap sudut secara praktikal.

Selepas tamat belajar di peringkat ini, para murid boleh melanjutkan pelajaran di mana-mana sekolah di luar dan di dalam negara di peringkat menengah dalam apa jua bidang. Walaupun begitu kami mengharap agar mereka meneruskan pengajian mereka di tempat kami di peringkat menengah demi memantapkan lagi ilmu-ilmu mereka untuk memastikan mereka benar-benar menjadi
الحافظ الداعي العالم المحترف
Usaha seumpama ini memerlukan masa yang panjang dan perancangan yang rapi serta tersusun dan mantap di samping segala pengorbanan dan perjuangan jiwa dan raga. Jangan lupa sokongan anda semua adalah menjadi rahsia kejayaan usaha hebat ini. Bantulah kami dengan apa yang anda mampu walaupun sekadar doa’.
Gabungkan tenaga satukan hati menentang cabaran mencapai cita-cita. Jangan biarkan kejahatan berleluasa nanti dimurka Ilahi Rabbil Izzati.


SENARAI YURAN
RM
Pendaftaran (sekali sahaja)
100.00
Yuran Pengajian 12 bulan
600.00
Tabung Peralatan Pelajar (tahunan)
100.00
Yuran Makan Masa Rehat Selama 10 Bulan
200.00
Sumbangan Pembangunan Sekolah (tahunan)

Jumlah Keseluruhan
1000.00


SENARAI YURAN TINGGAL DI ASRAMA
RM
Pembangunan Asrama (sekali sahaja)
100.00
Yuran Asrama Bulanan RM 30, Setahun =
300.00
Yuran Makan Bulanan RM 90, – RM20 = 70 x 10 bulan =
700.00
Keseluruhan setahun
1100.00

SAUDARAKU
Jadikanlah zuriatmu amalanmu yang amat bermakna buatmu di dunia dan di akhirat. Jangan kau sia-siakan mereka dengan ilmu keduniaan tanpa sedikitpun kau bekalkan mereka dengan ilmu akhirat nanti kau kan rugi dan kau kan menyesal buat selama-lamanya. Jadikan mereka ULAMA & PROFESIONAL seperti SALAF kita yang terdahulu,
ataupun sekurang-kuraangnya ULAMA ataupun paling tidak PROFESIONAL berpendidikan AGAMA berjiwa JUANG berAKHLAQ MULIA. Saudaraku ketahuilah dan sedarlah inilah pilihan kita untuk hadapi ancaman murtad dan gejala sosial ALAF 21 ini, dan juga akan datang. Kita tidak ada pilihan lain selain ini. Marilah kita gabung tenaga melahirkan generasi harapan kita ini sebelum terlambat.
SEBARANG URUSAN HUBUNGI SEGERA 019-4348244
PENGARAH MARKAZ ULUM

(MU-TAFA 31 R)

KUASAI BAHASA ARAB DALAM 4 BULAN

KUASAI BAHASA ARAB DALAM 4 BULAN

Kepada penuntut lelaki 16 tahun ke atas:
Madrasah Tahfiz Saidina Abu Bakar (MTASAB) di bawah pengurusan Markaz Ulum Madrasah Tahfiz Saidina Abu Bakar (MUMTASAB) menawarkan satu bentuk pengajian bahasa Arab yang pertama kali di Malaysia untuk anda menguasai bahasa Arab dalam tempoh masa tersingkat, ia itu 4-12 bulan untuk persiapan diri ke pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Pengajian ini adalah dijalankan dalam bahasa Arab bermula dari Tahap Satu (Tahap Permulaan) hingga ke Tahap Tiga (Tahap Tinggi). Satu tahap akan mengambil masa hampir 4 bulan. Pengajian adalah dalam bentuk praktikal di mana keempat-empat kemahiran: mendengan, menutur, membaca dan menulis akan ditekankan dari awal hingga ke akhir. Tenaga pengajar adalah mereka yang fasih berbahasa ARAB dari dalam dan luar negara. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Daftar segera melalui pengarah MUMTASAB sendiri di No: 019-4348244. Tempat adalah terhad.
SENARAI MATA PELAJARAN TAHAP SATU

Subjek Pelajaran
1 Muhadasat Arabiah Tahap Satu
2 Qiraat Arabiah Tahap Satu
3 Istima'at Arabiah Tahap Satu
4 Kitabat Arabiah Tahap Satu
5 Ikrabat Arabiah Tahap Satu
6 Tasrifat Arabiah Tahap Satu
7 Hifzul Quran Al-Karim 4 Juzuk

Pengajian ini akan bermula pada 7/3/2010 – 26/6/2010 ini.


Perbelanjaan Pengajian adalah seperti berikut:
1- Pendaftaran : RM 150:00 sekali sahaja
2- Makan: RM 120:00 bulanan
3- Asrama: RM 30:00 bulanan
4- Pengajian: RM 100:00 bulanan

Keseluruhan bayaran bulan pertama: RM 400:00 sahaja
Bayaran bulan seterusnya : RM 250:00 sahaja

Perhatian: Bayaran di atas tidak termasuk kitab, buku dan alat tulis.