Halaman

Khamis, 22 April 2010

MUMTASAB MENERIMA AHLI BARU

MUMTASAB kini semakin maju kedepan apabila menerima seorang lagi ahli baru untuk mengikuti kelas bahasa Arab. Kini bilangan pelajar di peringkat bahasa Arab adalah 8 orang, dan in sya Allah akan bertambah lagi dalam masa terdekat ini. Ini adalah antara petanda bahawa MUMTASAB sentiasa mendapat sokongan pihak masyarakat. Pada masa yang sama MUMTASAB sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah untuk mengadak kerjasama meluaskan lagi pengajian seperti ini di negeri-negeri tersebut dan di lain-lain negeri. Semoga Allah Taa'la merestui amalan baik ini dan menjadikan amalan ini amalan yang ikhlas keranaNya semata-mata. Amin Ya Rabbal a'lamin.

Sabtu, 10 April 2010

KENALI USTAZ SYUKRI YAMIN

Autobiography Ustaz Syukri Yamin

Dilahirkan di Selatan Thailand (Wilayah-Wilayah Pattani Darussalam), selepas tamat sekolah rendah kebangsaan Thai dimasukan ke Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Fauziah Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan pada awal tahun 1982. Kemudian pada awal tahun 1986 beliau menyambung pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Kelantan, di Kampung Banggol Kulim berhampiran dengan Sekolah Rendah Agama Al-Fauziah. Pada akhir tahun 1991beliau merantau ke bumi Syam di negara Syria untuk menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Kulliah Dakwah Islamiah yang terletak di Pusat Islam Syaikh Ahmad Kiftaro (Bekas Mufti Syria Rahmatullah A’laih) . Pada akhir tahun 1992 (selepas setahun Pembelajaran Bahasa) beliau diterima belajar di tahun satu Kulliah Dakwah Islamiah dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Pada pertengahan tahun 1996 beliau berjaya menamatkan penganjian peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan memperolehi pangkat Jayyid. Semasa di bumi Syam beliau sempat belajar secara umumi dengan beberapa ulama’ besar di sana di samping menghadiri nadwah dan majlis munaqasyah risalah PHD dan Master. Berikut adalah senarai beberapa orang ulama’ Syam yang beliau pernah menerima ilmu daripada mereka:

الأستاذ الدكتور محمد سعيد رمضان البوطي
الدكتور توفيق محمد سعيد البوطي
الأستاذ الدكتور وهبة الزحيلي
الدكتور محمد الزحيلي
الشيخ أحمد الكفتارو
الدكتور محمد حبش
الدكتور محمد راتب النابلسي
الأستاذ الدكتور نور الدين عتر
الأستاذ الكدتور مصطفى البغا
الدكتور بسام زين
الدكتور محمد حسن الحمصي
الأستاذ الدكتور محمد علي سلطان
الشيخ أحمد
الدكتور إبراهيم مفيتي الحسكة
الشيخ مراد الدين الجزائري
الأستاذ الدكتور صلاح الدين الأيبوبي
الأستاذ مروان شيخو
الشيخ صادق الميداني
الأستاذ الدكتور محمد عبد اللطيف صالح فرفور

Pada akhir tahun 1996 beliau kembali ke tanah air dan pada awal tahun 1997 hingga akhir tahun 2006 beliau berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Sekolah Menengah Agama Arab Yayasan Khairiah, Kampung Pisang, Kupang, Baling, Kedah. Selepas itu beliau berkhidmat pula di Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena, Alor Star, Kedah sebagai Penolong Pensyara Bahasa Arab sampai sekarang.

Selasa, 6 April 2010

MUMTASAB SEMAKIN DAPAT SAMBUTAN

Kini bilangan peserta kelas bahasa Arab di MUMTASAB bertambah lagi seorang menjadi keseluruhan pesertanya 7 orang, ia itu adik solehin. Beliau tiba sebelum zohor hari ini dengan ditemani ibu kesayangannya, kakak dan abang iparnya (anak tok guru Haji Saleh, Sik). Anda bila lagi?

Isnin, 5 April 2010

MUMTASAB MENYABUT PESERTA BARU

Kini bilangan peserta kelas bahasa Arab di MUMTASAB bertambah jadi 6 orang, mereka adalah 1-Dini
2-Faiz
3-Abdul Muhaimin
4-Abdul Hadi
Mereka ini adalah bekas pelajar MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
5-Ikrimah (dari MAKTAB MAHMUD Pokok Sena)
6-Naim lulusan tahfiz MTASAB
Mereka ini sedang mengikuti pengajian Bahasa Arab dengan tekun sekali dan menunjuk perestasi yang memberangsangkan.
Anda bila lagi?

Jumaat, 2 April 2010

KEMAJUAN YANG DICAPAI PESERTA KELAS BAHASA ARAB TAHAP SATU

Kini para peserta kelas bahas Arab tahap satu di MUMTASAB telah mencapai kemajuan dalam pengajian mereka dengan cemerlang sekali di mana mereka dapat mengikuti pengajian yang dijalankan dalam bahasa Arab dengan rasa selesa dan seronok sekali. Bilangan peserta setakat ini adalah 5 orang. Diharap bilangan mereka akan bertambah. Sekiranya anda ini menyertai program ini maka jangan lengah, kerana masih ada 3 bulan lagi. Bagi dermawan pula , anda boleh bantu usaha ini dengan derma ikhlas anda, semoga amalan ini diterima Allah. Hulurkan segera sumbangan anda kepada MUMTASAB di akaun BIMB NO: 02075020266299 atau melalui pengarahnya (HP: 019-4348244), atau pengerusi MTASAB (HP: 019-4977563).