Halaman

Sabtu, 10 April 2010

KENALI USTAZ SYUKRI YAMIN

Autobiography Ustaz Syukri Yamin

Dilahirkan di Selatan Thailand (Wilayah-Wilayah Pattani Darussalam), selepas tamat sekolah rendah kebangsaan Thai dimasukan ke Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Fauziah Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan pada awal tahun 1982. Kemudian pada awal tahun 1986 beliau menyambung pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Kelantan, di Kampung Banggol Kulim berhampiran dengan Sekolah Rendah Agama Al-Fauziah. Pada akhir tahun 1991beliau merantau ke bumi Syam di negara Syria untuk menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Kulliah Dakwah Islamiah yang terletak di Pusat Islam Syaikh Ahmad Kiftaro (Bekas Mufti Syria Rahmatullah A’laih) . Pada akhir tahun 1992 (selepas setahun Pembelajaran Bahasa) beliau diterima belajar di tahun satu Kulliah Dakwah Islamiah dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Pada pertengahan tahun 1996 beliau berjaya menamatkan penganjian peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan memperolehi pangkat Jayyid. Semasa di bumi Syam beliau sempat belajar secara umumi dengan beberapa ulama’ besar di sana di samping menghadiri nadwah dan majlis munaqasyah risalah PHD dan Master. Berikut adalah senarai beberapa orang ulama’ Syam yang beliau pernah menerima ilmu daripada mereka:

الأستاذ الدكتور محمد سعيد رمضان البوطي
الدكتور توفيق محمد سعيد البوطي
الأستاذ الدكتور وهبة الزحيلي
الدكتور محمد الزحيلي
الشيخ أحمد الكفتارو
الدكتور محمد حبش
الدكتور محمد راتب النابلسي
الأستاذ الدكتور نور الدين عتر
الأستاذ الكدتور مصطفى البغا
الدكتور بسام زين
الدكتور محمد حسن الحمصي
الأستاذ الدكتور محمد علي سلطان
الشيخ أحمد
الدكتور إبراهيم مفيتي الحسكة
الشيخ مراد الدين الجزائري
الأستاذ الدكتور صلاح الدين الأيبوبي
الأستاذ مروان شيخو
الشيخ صادق الميداني
الأستاذ الدكتور محمد عبد اللطيف صالح فرفور

Pada akhir tahun 1996 beliau kembali ke tanah air dan pada awal tahun 1997 hingga akhir tahun 2006 beliau berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Sekolah Menengah Agama Arab Yayasan Khairiah, Kampung Pisang, Kupang, Baling, Kedah. Selepas itu beliau berkhidmat pula di Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena, Alor Star, Kedah sebagai Penolong Pensyara Bahasa Arab sampai sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan